Saturday 12 January 2013

bilakah Dajjal dilahirkan?

bilakah Dajjal dilahirkan?





Dari Qatadah, beliau mendengar daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ;Tidak seorang nabi kecuali ia telah memperingatkan kaumnya terhadap sang pendusta yang buta sebelah mata. Ketahuilah bahwa Dajjal itu buta sebelah matanya sedangkan Tuhanmu tidak buta sebelah mata dan di antara kedua matanya tertulis "kaaf", "faa", "raa". Hadis riwayat Muslim




Dari Salim bin Abdullah, beliau telah diberitahu oleh Abdullah bin Umar RA:  Bahwa Umar bin Khathab pergi bersama Rasulullah SAW dalam suatu rombongan menuju tempat Ibnu Shayyad dan menjumpainya sedang bermain dengan anak-anak kecil di dekat gedung Bani Maghalah, sedangkan pada waktu itu Ibnu Shayyad sudah mendekati usia baligh. Ia tidak merasa kalau ada Nabi SAW sehingga beliau menepuk punggungnya lalu Nabi berkata kepada Ibnu Shayyad: Apakah kamu bersaksi bahwa aku ini utusan Allah? Ibnu Shayyad memandang beliau lalu berkata: Aku bersaksi bahwa engkau adalah utusan orang-orang yang buta huruf. Lalu Ibnu Shayyad balik bertanya kepada Rasulullah SAW: Apakah engkau bersaksi bahwa aku utusan Allah? Beliau menolaknya dan bersabda: Aku beriman kepada Allah dan para rasul-Nya. Kemudian Rasulullah berkata kepadanya: Apa yang kamu lihat? Ibnu Shayyad berkata: Aku didatangi orang yang jujur dan pendusta. Maka Rasulullah SAW bersabda: Perkara ini telah menjadi kabur bagimu. Lalu Rasulullah melanjutkan: Aku menyembunyikan sesuatu untukmu. Ibnu Shayyad berkata: Asap. Beliau bersabda: Pergilah kau orang yang hina! Kamu tidak akan melewati derajatmu! Umar bin Khathab berkata: Wahai Rasulullah, izinkan aku memenggal lehernya! Beliau bersabda: Kalau dia Dajjal, dia tidak akan dapat dikalahkan, kalau bukan maka tidak ada baiknya kamu membunuh dia. Salim bin Abdullah berkata: Aku mendengar Abdullah bin Umar berkata: Sesudah demikian, Rasulullah dan Ubay bin Kaab Al-Anshari pergi menuju ke kebun kurma di mana terdapat Ibnu Shayyad. Setelah masuk ke kebun beliau segera berlindung di balik batang pohon kurma mencari kelengahan untuk mendengarkan sesuatu yang dikatakan Ibnu Shayyad sebelum Ibnu Shayyad melihat beliau. Maka Rasulullah SAW dapat melihat ia sedang berbaring di atas tikar kasar sambil mengeluarkan suara yang tidak dapat dipahami. Tiba-tiba ibu Ibnu Shayyad melihat Rasulullah SAW yang sedang bersembunyi di balik batang pohon kurma lalu menyapa Ibnu Shayyad: Hai Shaaf, (nama panggilan Ibnu Shayyad), ini ada Muhammad! Lalu bangunlah Ibnu Shayyad. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Seandainya ibunya membiarkannya, maka akan jelaslah perkara dia. Diceritakan oleh Salim, bahwa Abdullah bin Umar berkata: Maka Rasulullah SAW berdiri di tengah-tengah orang banyak lalu memuji Allah dengan apa yang layak bagi-Nya kemudian menyebut Dajjal seraya bersabda: Sungguh aku peringatkan kamu darinya dan tiada seorang nabi pun kecuali pasti memperingatkan kaumnya dari Dajjal tersebut. Nabi Nuh as. telah memperingatkan kaumnya, tetapi aku terangkan kepadamu sesuatu yang belum pernah diterangkan nabi-nabi kepada kaumnya. Ketahuilah, Dajjal itu buta sebelah matanya, sedangkan Allah Maha Suci lagi Maha Luhur tidak buta. Hadis riwayat Muslim



dari hadis ini, kita dapat membuat kesimpulan bahawa Dajjal telah ada ketika Nabi Adam turun ke bumi lagi.. Ini kerana segala kerosakan yang dilakukan ke atas bumi ini tidak dapat dijelaskan jika tidak dikaitkan dengan campur tangan Dajjal.


Fitnah terbesar yang terjadi di muka bumi sejak diciptakannya Adam sampai bangkitnya kiamat adalah fitnah Dajjal. Demikian dikatakan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Oleh karena itu, tiada seorang Nabi-pun sejak Nuh sampai Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallamuhu kecuali masing-masing mengingatkan kaumnya akan Dajjal. Peringatan ini bertujuan memberitahu akan kedahsyatannya dan agar berhati-hati darinya.
Allah Maha Tahu bahwa Dajjal itu tidak akan keluar kecuali di akhir zaman, akan tetapi Allah memerintahkan para rasul-Nya agar mengingatkan kaumnya masing-masing akan Dajjal agar diketahui kedahsyatannya dan malapetaka yang dibawanya. Dalam suatu hadits yang shahih disebutkan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda:
Artinya: “Jika Dajjal itu keluar dan aku berada di tengah-tengah kalian, maka akulah yang akan mengatasinya dari kalian dan kalau tidak maka seseorang menjadi pembela bagi dirinya sendiri. Allah-lah khalifahku atas setiap muslim Ya, sebaik-baik khalifah (pengganti, pembela atau penolong) adalah Rabb kita ‘Azza wa Jalla.”
Dajjal itu memang luar biasa dan fitnahnya merupakan fitnah yang paling dahsyat dan mengerikan yang pernah terjadi di dunia ini sejak diciptakannya Adam hingga bangkitnya kiamat. Karena itu wajar jika berta’awwudz dari fitnah Dajjal ini dikhususkan dalam shalat.
Artinya: “Aku berlindung kepada Allah dari adzab Jahannam dan adzab kubur dari fitnahnya hidup dan mati, serta dari fitnah Al-Masih Ad-Dajjal.”



Mujahidin yang bakal berperang dengan Israel majoriti bukan orang Arab

Mujahidin yang berperang dengan Israel majoriti bukan orang Arab

Di dalam hadis terkenal yang selalu kita dengar, Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ فَيَقْتُلُهُمُ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ: يَا مُسْلِمُ، يَا عَبْدَ اللهِ، هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي، فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ؛ إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ

“Tidak akan terjadi kiamat hingga kaum muslimin memerangi Yahudi dan membunuhi mereka, sampai ketika Yahudi bersembunyi di balik batu atau pohon, batu dan pohon itu berkata: ‘Wahai muslim, wahai hamba Allah, Yahudi ada di belakangku, kemari dan bunuhlah dia.’ Kecuali pohon gharqad, (dia tidak berbicara) karena dia dari pohon Yahudi.”


Bilakah kejadian ini berlaku?

Dalam suatu hadits Rasulullah s.a.w. bersabda:
فَبَيْنَمَا إِمَامُهُمْ قَدْ تَقَدَّمَ يُصَلِّي بِهِمُ الصُّبْحَ إِذْ نَزَلَ عَلَيْهِمْ عِيْسَى بْنُ مَرْيَمَ الصُّبْحَ فَرَجَعَ ذَلِكَ الْإِمَامُ يَنْكُصُ يَمْشِي الْقَهْقَرَى لِيَتَقَدَّمَ عِيْسَى يُصَلِّي بِالنَّاسِ، فَيَضَعُ عِيْسَى يَدَهُ بَيْنَ كَتِفَيْهِ ثُمَّ يَقُولُ لَهُ: تَقَدَّمْ فَصَلِّ، فَإِنَّهَا لَكَ أُقِيْمَتْ. فَيُصَلِّي بِهِمْ إِمَامُهُمْ فَإِذَا انْصَرَفَ قَالَ عِيْسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ: افْتَحُوا الْبَابَ. فَيُفْتَحُ وَوَرَاءَهُ الدَّجَّالُ مَعَهُ سَبْعُونَ أَلْفَ يَهُودِيٍّ كُلُّهُمْ ذُو سَيْفٍ مُحَلَّى وَسَاجٍ فَإِذَا نَظَرَ إِلَيْهِ الدَّجَّالُ ذَابَ كَمَا يَذُوبُ الْمِلْحُ فِي الْمَاءِ وَيَنْطَلِقُ هَارِبًا وَيَقُولُ عِيْسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ: إِنَّ لِي فِيْكَ ضَرْبَةً لَنْ تَسْبِقَنِي بِهَا. فَيُدْرِكُهُ عِنْدَ بَابِ اللُّدِّ الشَّرْقِيِّ فَيَقْتُلُهُ فَيَهْزِمُ اللهُ الْيَهُودَ فَلَا يَبْقَى شَيْءٌ مِمَّا خَلَقَ اللهُ يَتَوَارَى بِهِ يَهُودِيٌّ إِلَّا أَنْطَقَ اللهُ ذَلِكَ الشَّيْءَ لَا حَجَرٌ وَلَا شَجَرٌ وَلَا حَائِطٌ وَلَا دَابَّةٌ إِلَا الْغَرْقَدَةَ فَإِنَّهَا مِنْ شَجَرِهِمْ لَا تَنْطِقُ إِلَّا قَالَ يَا عَبْدَ اللهِ الْمُسْلمَ، هَذَا يَهُودِيٌّ فَتَعَالَ اقْتُلْهُ

“… Ketika tatkala imam mereka sudah maju untuk mengimami shalat subuh, tiba-tiba turunlah kepada mereka ‘Isa bin Maryam pagi itu. Karena itu, imam tersebut mundur agar Nabi ‘Isa q maju mengimami mereka. Lalu Nabi ‘Isa meletakkan tangan beliau diantara dua pundak imam tersebut dan berkata: ‘Majulah, karena untukmulah shalat ini diiqamatkan.’ Imam itu pun mengimami mereka. Setelah selesai, Isa a.s. berkata: ‘Bukalah pintu.’ Pintu itu dibuka, ternyata di baliknya ada Dajjal bersama 70.000 Yahudi bersenjata pedang berhias dan berjubah hijau.Ketika Dajjal melihat ke arah Isa a.s., dia pun meleleh seperti garam dalam air. Dia berbalik melarikan diri. Nabi Isa berkata, ‘Sungguh aku memiliki sebuah pukulan yang engkau tidak akan mendahului aku dengannya.Kemudian Isa mendapatkan Dajjal di Bab Al-Lud sebelah timur dan membunuhnya. Ketika itu, Allah  mengalahkan Yahudi hingga tidak ada suatu makhluk pun yang Yahudi bersembunyi padanya kecuali Allah  jadikan ia berbicara, baik dia batu, pohon, tembok, maupun haiwan, semua berbicara –kecuali pohon gharqad, sesungguhnya ia adalah pohon Yahudi– semua berbicara: Wahai hamba Allah, muslim, ini Yahudi, kemari dan bunuhlah dia…”


hadis tentang bilangan orang Arab pada akhir zaman 


Dalam hadis lain nabi menceritakan bilangan orang2 Arab ketika itu :-

Ibn Majah, Ar Ruyani, Ibn Khuzaimah, Abu ‘Awaanah, Haakim dan Abu Nua’im meriwayatkan daripada Abi Umamah katanya, “Pernah Rasulullah s.a.w. berucap di hadapan kami. Baginda menyebutkan dajjal dan juga bahawa Madinah akan menolak kekotoran daripadanya sebagaimana penyembur api menolak kotoran daripada besi, hari itu dipanggil hari pembersihan. Ummu Syarik bertanya “Di manakah oramg-orang Arab pada masa itu ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Mereka pada masa itu sedikit dan Imam mereka ialah Al Mahdi, seorang lelaki yang soleh. Sedang Imam mereka tampil ke hadapan untuk menjadi Imam sembahyang Subuh tiba-tiba turun kepada mereka Isa Ibn Maryam pada waktu subuh itu. Imam itu pun undur kebelakang supaya Isa tampil ke hadapan (untuk menjadi imam). Maka Isa pun meletakkan tangannya diantara dua belikat Imam itu kemudian berkata kepadanya, “Pergilah ke hadapan dan imamkanlah sembahyang kerana iqamat tadi untukmu. Maka Imam mereka itulah yang menjadi imam sembahyang kepada mereka”. (Ibid j.2 ms.65)

Nabi menjelaskan bil. orang2 arab pada masa itu sedikit sahaja. Ada beberapa kemungkinan kenapa orang2 arab sedikit pada ketika itu iaitu :-

1) Peperangan berterusan di timur tengah yang melibatkan orang2 arab seperti sekarang di Syria dan di semenanjung Gaza dan di Palestin

Hakim meriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib r.a. katanya, “Akan berlaku fitnah yang mana daripada fitnah itulah lahir seorang manusia sebagaimana lahirnya emas di lombong. Oleh itu janganlah kamu memaki penduduk Syam..."(sambung)- (Mustadrak Al-Haakim j.4 ms 553).

2) Peperangan dengan orang2 Rom dalam al Malhamah al Kubra ( peperangan besar ) / Armageddon yang di ketuai oleh imam Mahdi :-

Abu Nua’im meriwayatkan dari Abi Umamah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Di antara kamu dan orang-orang Rom akan berlaku 4 kali perdamaian. Pada kali keempatnya berlaku di tangan salah seorang daripada keluarga Hiraqlu. Perjanjian itu berterusan selama 7 tahun”. Ada seorang sahabat bertanya Rasulullah s.a.w., “Wahai Rasulullah! Siapakah Imam orang ramai (orang Islam) pada hari itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Al Mahdi daripada anak cucuku. Dia berumur 40 tahun, mukanya bagai bintang yang bersinar-sinar, di pipi sebelah kanannya terdapat tahi lalat hitam, dia memakai dua jubah Qatwaniyyah bagaikan pemuda Bani Israel. Dia mengeluarkan gedung-gedung dan menakluk negeri-negeri syirik”. (Al Hawi Li Al Fatawi j.2 ms.66)

3) Peperangan dengan tentera Sufyaani  dari Syam :-

Nua’im bin Hammad meriwayatkan daripada Muhammad bin Al Hanafiyyah katanya, “Akan keluar panji-panji hitam anak cucu Al Abbas. Kemudian keluar daripada Khurasan panji-panji hitam yang lain. Songkok mereka hitam, pakaian mereka putih. Mereka dipimpin oleh pemuda yang dipanggil Syua’ib bin Soleh daripada Bani Tamim. Mereka akan mengalahkan tentera Sufyaani sehinggalah sampai ke Baitulmaqdis. Dia meratakan jalan untuk kekuasaan Al Mahdi dan membantunya dengan 300 orang tentera daripada Syam. Jarak masa di antara keluarnya dengan masa ia menyerahkan kepimpinan kepada Al Mahdi ialah 72 bulan.” (Ibid j.2 ms.6)

Nua’im bin Hammad meriwayatkan daripada Sayyidina Ali r.a. katanya, “Bendera-bendera akan keluar untuk memerangi tentera Sufyaani. Di kalangan mereka ada pemuda Bani Hasyim. Di tapak tangan kirinya ada tanda. Tenteranya diketuai oleh seorang dari Bani Tamim dipanggil Syua’ib bin Soleh. Dia akan mengalahkan tentera-tentera Sufyaani”. (Ibid j.2 ms.69)

Haakim meriwayatkan dari Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Nanti akan keluar seorang yang dipanggil “Sufyani” dari tengah Damsyik. Kebanyakan yang mengikut mereka ialah dari qabilah Kalb. Dia akan membunuh orang sehingga membelah perut perempuan dan membunuh kanak-kanak. Maka berhimpunlah qabilah Qais untuk menentang mereka. Qabilah Qais dikalahkan sehingga tidak tinggal seorang pun dari mereka. Ketika itu keluar seorang dari ahli rumahku di Harrah. Berita kemunculannya akan sampai kepada Sufyani maka Sufyani dan bala tenteranya pergi untuk menyerangnya. Di satu padang pasir mereka ditelan oleh bumi dan tidak terselamat seorang pun dari mereka kecuali seorang yang menceritakan tentang mereka.” (Ini hadith sahih mengikut syarat Bukhari dan Muslim tetapi mereka berdua tidak mengemukakan di dalam kitab masing-masing) (Mustadrak Hakim j.4 ms 250)

4) ramai orang2 arab terutamanya di Madinah  ( arab saudi ) dibunuh oleh tentera syufyani kerana mencari keturunan imam Mahdi, iaitu dari bani Hasyim : -

Daripada Ali r.a. katanya, “Al Mahdi itu adalah seorang pemuda Quraisy yang berkulit putih kemerahan dan bertubuh kemas.” (Ibid j.6 ms.24) 28. Daripada Ali r.a katanya, “Akan dihantar tentera ke Madinah. Mereka akan menangkap keluarga Nabi s.a.w. dan akan dibunuh ramai daripada lelaki dan perempuan Bani Hasyim. Ketika itu Al Mahdi dan Mubayyidh akan lari dari Madinah dan Mekah.” (Ibid j.6 ms.33)


Nua’im bin Hammad meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud katanya, “Bila terhenti perdagangan dan jalan-jalan fitnah banyak berlaku, akan keluarlah 7 orang ulamak dari pelusuk dunia yang berlainan (tempatnya) dengan tidak berjanji. Setiap orang dari mereka dibai’ahkan oleh tiga ratus dan belasan orang lelaki sehinggalah mereka berjumpa di Mekah. Maka bertemulah 7 orang itu. Sebahagian mereka bertanya kepada sebahagian yang lain, “Apakah yang membuatkan kamu datang ke sini?” Mereka berkata, “Kami datang mencari orang yang sepatutnya fitnah-fitnah ini tenang di tangannya dan Konstantiniyyah akan ditaklukinya. Kami mengenalinya dengan namanya, nama ayahnya, nama ibunya dan tenteranya. Maka ketujuh orang ulamak itu bersepakat di atas perkara tersebut. Mereka pun mencarinya dan menemuinya di Mekah. Mereka berkata kepadanya, “Engkaulah fulan bin fulan?” Dia menjawab “Tidak; Bahkan saya adalah daripada Ansar”. Sehinggalah dia melepaskan diri dan lari daripada mereka. Tujuh orang ulamak itu pun menggambarkan sifat-sifatnya kepada orang-orang yang mengetahui tentangnya dan mengenalinya, maka dikatakan, “Itulah orang yang kamu cari! Dia sudah pergi ke Madinah”. Mereka pun pergi mencarinya di Madinah tetapi dia melarikan diri pula. Mereka datang pula ke Mekah mencarinya dan menemuinya lalu berkata, “Engkau fulan bin fulan? Ibumu fulanah binti fulan? Padamu ada tanda begini….begini….engkau telah melarikan diri daripada kami sekali. Sekarang hulurkanlah tanganmu untuk kami berbai’ah denganmu.” Dia berkata, “Aku bukan orang yang kamu cari itu!” Sehingga ia melarikan diri daripada mereka. Mereka mencarinya semula di Madinah, dia pula datang ke Mekah. Kemudian mereka menemuinya di Mekah dekat Rukun dan Maqam. Mereka pun berkata kepadanya, “Engkaulah tangggung dosa kami dan darah-darah kami dipikul olehmu jika engkau tidak hulurkan tanganmu untuk kami berbai`ah denganmu. Ini tentera-tentera Sufayaani telah pun menghadap untuk mencari kita. Mereka dipimpin oleh seorang lelaki daripada Hiram”. Maka dia pun duduk di antara Rukun dan Makam Ibrahim serta menghulurkan tangan lalu dibai’ahkan kepadanya. Ketika itu Allah campakkan perasaan kasih sayang kepadanya di dalam hati manusia dan dia pun bersama golongan yang bagaikan singa-singa di waktu siang dan bagaikan rahib-rahib di waktu malam.” (Ibid j.2 ms.72)

5) Peperangan saudara kerana berebut takhta Khilafah : -

"Ummu Salamah r.a melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Manusia akan berbalah setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima bai'ah (taat setia) mereka kepada beliau di antara Rukun dan al-Maqam. Satu pasukan tentera dari Sham akan dihantar menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida'; (padang pasir di antara Mekah dan Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Sham dan Iraq untuk membai';ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku Kalb, menentang beliau dan akan ditewaskan; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah malang. Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda s.a.w. Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan menyembahyangkan beliau." [ Riwayat Abu Daud, Kitab Al-Mahdi ].

(*kemungkinan takhta itu merujuk kepada raja Arab Saudi)


Harus kita faham, melalui kronologi2 hadis, bani Israel akan berperang dan dibunuh oleh orang Islam setelah kematian Dajjal yang dibunuh oleh Nabi Isa a.s.. Mereka (Israel) bangsa yang pengecut seperti yang digambarkan dalam al-Quran surah al-maidah ayat 25 maksudnya  :

"Mereka berkata; Wahai Musa, kami sekali-kali tidak akan memasukinya selagi mereka ada didalamnya, kerana itu pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, Sesungguhnya kami hanya duduk menanti di sini sahaja".

setelah Nabi Isa turun dari menara kota Damsyik dan membunuh Dajjal, maka sedarlah bangsa Israel bahawa Dajjal yang mereka anggap sebagai Al- Masih yang mereka tunggu2 selama ini sebenarnya pendusta, ini ditambah lagi dengan kedatangan Nabi Isa yang menguatkan lagi kebenaran agama Islam. tetapi semuanya sudah terlambat,semenjak Allah memerintahkan Nabi s.a.w. memalingkan kiblat dari Palestin ( al-Aqsa) ke mekah dan Allah telah menutup hati2 mereka semenjak itu.Akhirnya mereka melarikan diri bersama-sama dengan Al-masih mereka (Dajjal) balik ke negara haram Israel, tetapi Dajjal dapat dibunuh oleh Nabi Isa di kota Ludd dalam wilayah Israel juga. Setelah itu terjadilah perang antara bangsa israel dan umat Islam. setelah bangsa Israel dibunuh itu barulah muncul yakjuj Makjuj kali ke-2

jika bilangan orang arab sedikit, maka dari kaum manakah yang akan turut berperang dengan orang Israel nanti? mungkinkah kaum Melayu bani Jawi juga akan turut serta? atau mungkinkah tiada kaum lain? ini kerana setelah umat Islam berjaya membunuh bangsa Israel, yakjuk makjuj muncul dan umat islam terpaksa melarikan diri ke bukit Turr bersama sama Nabi Isa dan Imam Mahdi.. mungkinkah bilangan umat Islam ketika itu sedikit? ini ditambah pula dengan bilangan jemaah yang dapat memuatkan masjid Umawi / menara putih sebelah timur ’ Dimasyq tempat nabi Isa turun.

“Ketika Allah telah mengutus al-Masih Ibnu Maryam, maka turunlah ia di menara putih di sebelah timur Dimasyq dengan mengenakan dua helai pakaian yang dicelup dengan waras dan za’faran. Kedua telapak tangannya diletakkan di sayap dua Malaikat. Bila ia menundukkan kepala, maka menurunlah rambutnya, dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti mutiara. Maka tidak ada orang kafir pun yang mencium nafasnya kecuali pasti akan meninggal dunia, padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Lalu nabi Isa mencari Dajjal hingga menjumpainya dipintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal tersebut. Kemudian nabi Isa datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi oleh Allah dari Dajjal, lalu nabi Isa mengusap wajah mereka dan memberi tahu mereka tentang darjat mereka di Syurga..”


Ibnu Katsir berkata: “Inilah yang termasyhur mengenai tempat turunnya Isa, yaitu di menara putih bahagian timur Damsyiq. Dan dalam beberapa kitab saya baca beliau turun di menara putih sebelah timur masjid Jami’ Damsyiq, dan ini rupanya pendapat yang lebih terpelihara. Karena di Damsyiq tidak dikenali ada menara di bagian timur selain di sebelah Masjid Jami’ Umawi di Damsyiq sebelah timur. Inilah pendapat yang lebih sesuai karena beliau turun ketika sedang dibacakan iqamat untuk shalat, lalu imam kaum Muslimin (al-imam al-mahdi) berkata kepada beliau, “Wahai Ruh Allah, majulah untuk mengimami shalat.” Kemudian beliau menjawab, “Anda saja yang maju menjadi imam, karena iqamat tadi dibacakan untuk Anda.” Dan dalam satu riwayat dikatakan bahwa Isa Alaihissolatu wassalam berkata, “Sebahagian Anda merupakan amir (pemimpin) bagi sebahagian yang lain, sebagai penghormatan dari Allah untuk umat ini.” (Shahih Muslim) 


Jadi mustahil  bilangan jemaah masjid sampai berpuluh ribu kerana kawasan masjid tidaklah begitu besar.. jika dikatakan mustahil umat islam sedikit, kerana jumlah tentera yahudi Dajjal ialah 70,000, bagaimana mungkin mereka dapat tewaskan sebegitu ramai? kita katakan  mereka semua yang mencium nafas nabi Isa a.s. akan mati

 Allah maha mengetahui..



Friday 11 January 2013

The hobbit, emas, Iran serta kebangkitan Negara Israel.



The hobbit, emas, Iran serta kebangkitan Negara Israel.


filem the hobbit 2012


The hobbit merupakan kisah lanjutan dari siri trilogy Lord Of The Ring (LOTR) yang mempunyai kisah yang tersirat. Ianya ditayangkan sekitar akhir tahun 2012. Bagi sesiapa yang telah menontonnya, dan menganalisnya  berpandukan ilmu akhirul zaman, mereka akan sedar iaitu kisah dongeng ini ada kaitan dengan rancangan Israel raya, iaitu rancangan besar untuk menjadikan negara Israel sebagai kuasa pemerintah dunia selepas kejatuhan Amerika.

Didalam permulaan cerita ini, diceritakan kononnya pada zaman dahulu wujud kaum Dwaft yang  suka mendiami di dalam gua dan gunung ganang, kaum ini mempunyai minat luar biasa terhadap emas dan permata. Mereka pakar dalam cari gali emas dan permata dan kebanyakan mereka bekerja sebagai penggali emas atau mining gold. Obses mereka terhadap emas begitu tinggi sehingga mengumpulkan bertimbun-timbun emas, terutamanya raja mereka. Kemudian tragedi berlaku dimana Negara mereka telah diserang oleh makhluk naga yang menyebabkan mereka terpaksa meninggalkan kampung halaman dan berhijrah di serata dunia. Pada masa yang sama mereka juga telah diserang oleh kaum ork dan menyebabkan hampir kesemua kaum dwaft mereka pupus.

kaum orcs


Ork disini adalah orang-orang gentile ( bukan yahudi ). Ini jelas dalam kitab Thalmud bahawa rabbi rabbi mengistiharkan manusia selain yahudi ialah binatang dan peranan mereka di dunia bertugas untuk orang-orang yahudi. Apa yang tersirat disini ialah mereka menggambarkan mereka ( yahudi ) diwakili oleh orang2 dwaft yang terpinggir dan mereka akan kembali pada suatu hari nanti untuk menuntut kerajaan suci Israel yang pernah diperintah oleh nabi Daud a.s. dan nabi Sulaiman a.s.Perhatikan hampir semua orang2 dwaft itu mengikat rambut mereka seperti "side curl" sebelah kanan kiri yang kerinting yang menyerupai kaum yahudi/jews

rabbi jews


Dalam kisah ini juga, setelah bertahun tahun lamanya, mereka telah mendapat alamat / petanda bahawa mereka perlu mengembalikan kegemilangan kerajaan emas mereka dan berusaha  mengumpul sukarelawan dan bertolak ke kampung asal mereka untuk menuntut kembali daripada naga itu.

Di akhir kisah tersebut, kita dapati naga yang sedang tidur didalam gua dwaft yang dipenuhi dengan timbunan emas itu telah terjaga. Perhatikan Naga itu seolah olah berhibenasi dan menunggu masa untuk bangkit. Anehnya naga itu tidur bertepatan di atas gunung2 emas milik kaum dwarf itu.Perhatikan juga mengapa cerita ini ditayangkan ketika sistem Britten woods hampir mencapai kemuncak kejatuhannya. Nilai dollar pada hari ini sudah hampir tidak dapat diselamatkan lagi. Pakar ekonomi meramalkan sistem kewangan kertas akan jatuh kemuncaknya pada tahun 2013

Sheikh imran berpendapat sistem dollar amerika akan jatuh dan akan kekal jatuh apabila perang dunia III tercetus (tidak lama lagi). Saya musykil dengan peranan yang dimainkan oleh Iran dalam urusan jual beli minyaknya. Seperti yang kita sedia maklum, Iran enggan menjual minyak kepada Amerika dengan tukaran dollar sebaliknya menuntut dibayar dengan emas. Amerika telah tidak bersetuju dan telah mengenakan sekatan ekonomi terhadap Tehran. Namun anehnya, India (pemerintah hindu bukan Islam) yang merupakan rakan sekutu Amerika syarikat telah bersetuju dengan Iran dan satu perjanjian telah dimeterai oleh Tehran dengan New delhi di mana Tehran bersetuju memperdagangkan minyaknya kepada New Delhi dan sebagai balasannya dibayar dengan emas. IMF (International Monetary Fund) ditubuhkan pada 1944. Sejurus itu Negara Israel pula ditubuhkan pada 1948 melalui Deklarasi Balfour.  Mengikut artikel 4, seksyen 2(b) bahawa mana-mana ahli anggota IMF tidak dibenarkan memperdagangkan emas dengan nilai matawang negara masing-masing  kecuali dengan menggunakan matawang dollar Amerika. Persoalannya disini, India, selain Iran (rujuk : http://www.imf.org/external/np/sec/memdir/memdate.htm) juga merupakan anggota IMF, Jadi mengapakah Amerika Syarikat berdiam diri dalam hal ini? Apakah ini semua hanyalah strategi jahat mereka untuk mengabui mata Dunia dan membolehkan rancangan peringkat seterusnya dijalankan?



Seperti yang kita tahu, Iran adalah rakan baik Amerika Syarikat dan sekutu Israel.( Perkara ini tidak dapat dinafikan lagi bagi mereka yang celik mata hatinya.) Propaganda yang dilaporkan oleh  media massa seperti al-jazeera,BCC bahawa Iran memusuhi keras Amerika dan Israel hanyalah sandiwara semata-mata. Saya mengesyaki Iran telah berpakat dengan Israel dan Amerika dalam hal ini. Ini supaya bila mana perang tercetus yang menyebabkan kejatuhan atau keruntuhan kekal nilai dollar amerika, Tehran akan diselamatkan manakala negara lain akan turut jatuh bersama sama Negara Uncle Sam itu

alat propaganda zionis



Di dalam buku dinar emas dan dirham perak, sheikh Imran Hosein telah menceritakan pengalamannya ketika mengambil bahagian di dalam dialog Yahudi / kristian / Muslim di universiti Drew, New Jersey, Amerika sekitar tahun 90an. 




Ketika itu beliau telah tersilap memberi pendapat bahawa pihak yahudi dibolehkan memberi pinjaman dengan faedah kepada bukan yahudi tetapi dilarang sesama mereka. Jadi beliau memberi cadangan bahawa pemberi pinjaman yahudi telah memberikan pinjaman dengan faedah didalam kuil yang mana kemudiannya Jesus ( Nabi Isa a.s. ) menyumpah dan menghalau mereka keluar dari kuil tersebut. Rabbi-rabbi yang hadir pada ketika itu telah membetulkan beliau dengan mengatakan bahawa sesama yahudi juga dilarang mengamalkan riba. Malah syiling ( contoh syiling rome) yang mempunyai imej ukiran padanya diharamkan oleh undang-undang shariah yahudi. Jadi jika Al masih dajjal ingin menyamar sebagai al masih (penyelamat) yang ditunggu oleh yahudi, dia tiada pilihan lain selain perlu mengembalikan sistem matawang emas dan perak mengikut shariah. Al masih akan memerintah dunia dari tanah suci Jurusalem berdasarkan Pax Judaica dan mengembalikan zaman kegemilangan Yahudi setelah kejatuhan Pax Americana.

Mayer Amschel- jews pengasas bank dunia


Dalam protokol zionis, terdapat 24 protokol yang digubal oleh bangsa euro-jews ( bukan yahudi sebenar ). Didalam protokol ke 21, ialah “Menjadikan Emas Sumber Kekuasaan” berikut adalah beberapa point penting dalam protokol ini seperti yang diterjemahkan dalam buku “protokol : Komplot zionis ancam dunia” oleh Kamarulzaman hj. Zainal (terbitan 1990)


protokol zion


“ Wang yang telah kita kumpulkan dan yang telah kita beri pinjaman sebenarnya boleh menawan negara2 yang berhutang dengan kita. Banyak Negara yang hampir Berjaya kita rampas pentadbirannya. 

Bagaimanapun buat peringkat ini kita tidaklah mahu melukakan pihak pemerintah sesebuah Negara itu tetapi biarlah sekadar kita ingatkan mereka tentang akibatnya kalau enggan membayar balik pinjaman. Kita mesti tunjukkan sikap pura2 kita supaya rahsia kita tidak diketahui oleh bangsa bukan yahudi.

Dalam tangan kita juga telah terdapat suatu kuasa yang besar sekali-emas. Dalam dua hari kita boleh mengambil dari stor kita seberapa banyak yang kita suka

Dari sini perlukah kita mencari bukti lain bahawa pemerintahan kita itu ditakdirkan oleh tuhan? Sudah tentu jawapannya tidak kerana apa yang kita lihat sekarang sudah cukup buktinya.

Kekuasaan kita adalah sumber ketenteraman dan manusia akan menikmati kebahagiaan daripadanya.Sinar kekuasaan kita itu akan menjadi semua orang bersujud dan merasa takut kepadanya” -protokol21 zion

Saya berpendapat perang dunia akan tercetus sama ada dengan kejatuhan dollar Amerika dengan sendirinya (sedikit masa nanti) atau dengan tercetuasnya perang yang mengakibatkan kejatuhan nilai dollar pada tahap yang tidak dapat diselamatkan lagi. Jika dollar Amerika jatuh, ia akan menarik semua negara2 lain yang menggunakan sistem kewangan wang kertas dan elektronik. ini kerana mereka bergantung kepada dolar dalam ukuran nilai kekuatan mata wang masing-masing. China yang mengumpulkan timbunan wang dollar menerusi dagangan mereka dengan Amerika Syarikat, begitu juga negara2 arab dan negara pengeluar minyak lainnya yang perlu menjual minyak mereka hanya dengan dollar, dan dunia yang kebanyakkannya perlu menyimpan sebahagian dari simpanan matawang asing mereka menggunakan dollar, tidak akan senang hati apabila mereka menyaksikan kekayaan dollar mereka lenyap didepan mata mereka. Kejatuhan sistem kewangan wang kertas akan mengakibatkan “great depression” yang menyebabkan tercetusnya perang malhamah atau apa yang orang yahudi dan kristian fahami sebagai “Armageddon”. Wallahu’alam...

Friday 4 January 2013

Panji hitam di syria, permulaan kembalinya khilafah

Panji hitam di syria, permulaan kembalinya khilafah


Sejumlah Besar Brigade Pertempuran di Syria Telah Menandatangani Deklarasi Pembentukan Khilafah


Dari hari pertama awal revolusi di Syria, Hizbut Tahrir telah memberikan bimbingan politik untuk kaum revolusi dan para brigade pertempuran. Kini Basyar Assad tinggal menghitung hari. Bahkan Rusia dan sekutu Barat pun telah menjangkakan kematiannya dalam waktu terdekat ini

Pada bulan Desember, sejumlah brigade mujahidin di Syria menandatangani sebuah dokumen yang menyatakan pembentukan Khilafah sebagai tujuan mereka.

mujahidin syria sedang membaca ikrar menyokong pembentukan negara khilafah


Beberapa pertemuan akbar terbuka terjadi di seluruh Syria, di mana rakyat menolak rencana Kuffar Amerika dalam campur tangan mereka ke atas konflik Syria dan menyatakan pendirian Khilafah sebagai tujuan mereka.

Perinician dari beberapa peristiwa yang diberikan di bawah ini:

· Pada tanggal 1 Safar 1.434 Hijriah (13 Desember 2012) demonstrasi besar diadakan di kota Al Atarib terletak di daerah Aleppo dengan judul "Tolak penjajahan Amerika" dan rakyat menyatakan Khilafah sebagai tujuan mereka.

· Pada tanggal 29 Muharram 1.434 Hijriah (13 Desember 2012) sebuah pertemuan akbar terbuka diadakan di As Sahera di pinggiran kota Aleppo. Rakyat membentangkan bendera dan spanduk dari Muhammad صلى الله عليه و سلم dan menuntut penerapan Islam sebagai cara hidup keseluruhan.

· Pada tanggal 23 Muharram 1.434 Hijriah (7 Desember 2012) demonstrasi diadakan di kota Ad Dana terletak di daerah Idlib. Orang-orang menolak rencana Amerika dan menyatakan Khilafah sebagai tujuan mereka.

Lebih terperinci mengenai deklarasi dan demonstrasi menyatakan Khilafah tujuan mereka dapat dilihat di Hizbut Tahrir media web www.hizb-ut-tahrir.info

Catatan: Hizbut Tahrir telah mengeluarkan sebuah perlembagaan bagi negara Khilafah akan datang. perlembagaan ini terdiri dari 191 artikel. Setiap artikel dari perlembagaan ini telah diambil hanya dari Quran dan Sunnah dan bukti-bukti perincian yang melekat bersama dengan itu - syria care Indonesia


katakan tidak kepada campur tangan tentera asing NATO di Syria








revolusi Syria - ‎Mujahidin Australia turut serta


100 Warga Australia Berjihad di Syria, Pemerintah Australia mengancam Mereka 20 Tahun Penjara

Juru cakap rasmi untuk Menteri Luar Negeri Australia, Bob Carr, menyatakan, pemerintah Australia telah menerima laporan bahawa lebih dari 100 warganegaranya turut serta dalam perang di Syria sejak revolusi rakyat meletus pada 2011. Namun ia "tidak ada bukti" tentang warga mana saja yang secara langsung terlibat dalam perang di Syria.

Menurut UU Kriminal 1978, "Seseorang tidak boleh memasuki negara asing dengan niat terlibat di dalam aktivitas peperangan.. atau terlibat dalam kegiatan perang di negara asing. Hukumannya adalah dipenjara selama 20 tahun," kata juru cakap tersebut.

Menurut laporan, banyak warga Australia berhijrah ke Syria untuk berjihad dengan alasan akan menjadi aktivis sosial, seperti memberikan bantuan kepada para pelarian syria. Dan beberapa Muslim berkebangsaan Australia itu telah gugur di Syria ketika sedang berjihad melawan pasukan rezim Assad. - syria care indonesia



mujahidin Syria sedang bertempur melawan tentera sekutu bashar Assad






Thursday 3 January 2013

Kemangkatan Raja Arab Saudi, tanah Syam, revolusi Syria dan Ramalan Sheikh Imran Hosein

Kemangkatan Raja Arab Saudi, tanah Syam, revolusi Syria dan Ramalan Sheikh Imran Hosein


Dalam hadis2 akhir zaman, ada disebutkan tentang kejadian2 yang bakal berlaku hampir kepada munculnya Imam Al-Mahdi, iaitu :


"Ummu Salamah r.a melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Manusia akan berbalah setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima bai'ah (taat setia) mereka kepada beliau di antara Rukun dan al-Maqam. Satu pasukan tentera dari Sham akan dihantar menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida'; (padang pasir di antara Mekah dan Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Sham dan Iraq untuk membai';ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku Kalb, menentang beliau dan akan ditewaskan; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah malang. Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda s.a.w. Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan menyembahyangkan beliau." [ Riwayat Abu Daud, Kitab Al-Mahdi ].


berdasarkan hadis di atas, ada ulamak menerangkan bahawa hadis di atas sudah berlaku iaitu berdalil dengan kematian Raja Faisal, raja Arab Saudi pada 1975. Mereka juga berdalil  bahawa kematian Raja Faisal dituruti dengan perang Lubnan yang melibatkan tanah Sham / Syam ( Syria, Jordan, Palestin, Lubnan ).Perang ini berlaku pada 1975 hingga 1990. Namun persoalannya, adakah Imam Mahdi sudah muncul seperti yang dinyatakan oleh sebahagian lagi hadis tersebut? jawapannya sudah tentu tidak.


Ramalan Sheikh Imran Hosein

Sheikh Imran Hosein dalam menerangkan hadis ini memberi pendapat beliau yang berbeza bahawa hadis ini belum berlaku. Beliau berpendapat kematian khalifah yang disebut hadis di atas adalah berkait rapat dengan situasi Raja Abdullah, Raja Arab saudi sekarang yang dilaporkan tenat, malah ada setengah laman seperti web bisness insider yang melaporkan beliau sudah mangkat dan urusan pentadbiran dipangku oleh menteri-menterinya.



Raja Arab Saudi, Abdullah bin Abdul Azis


Tidak dinafikan bahawa beliau dilanda masalah kesihatan jantung, lebih-lebih lagi umurnya juga sudah mencecah usia 80 an. Sheikh Imran berpendapat kemangkatan Raja Abdullah menandakan dekatnya berlaku kiamat. Ini kerana selepas para imam (7) dari seluruh pelusuk negara membai'ah imam Mahdi di Mekah.Justeru akan datang sekumpulan tentera dari Syria ( syam) yang dihantar untuk menentang imam Mahdi namun mereka akan ditelan bumi. 


salji

terdapat hadis lain yang berkaitan mengatakan kematian khalifah ini akan mengakibatkan berlaku perebutan kuasa, iaitu :-

dari Sauban, r.a.. Rasullulah s.a.w. bersabda maksudnya, " akan berbunuhan di tempat simpanan Kaabah. kamu tiga beradik. Semuanya adalah anak-anak kepada bekas khalifah.maka tidak seorang pun dari mereka akan dapat (harta itu atau menjadi khalifah ). Kemudian muncullah panji2 hitam dari timur. lalu mereka akan membunuh kamu semua (dengan pembunuhan yang paling dahsyat) yang belum pernah dilakukan oleh mana mana kaum pun.Kemudian baginda menyebut sesuatu yang saya tidak berapa ingat.Kemudian baginda bersabda  maka jika kamu melihatnya, maka hendaklah kamu segera berbai'ah dengannya walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana disisinya adalah khalifah Allah, iaitu Imam Mahdi"


Gambar salji di tengah padang pasir Tabuk, Arab saudi, awal tahun 2012


maka perang lubnan sudah semestinya tidak merujuk kepada hadis di atas kerana pencetus akan perang ini dipercayai kerana kompromi politik dan konflik sebaik sahaja berakhirnya pentadbiran Lubnan oleh Empayar Uthmaniyyah, bukan kerana perebutan kuasa adik beradik


hadis di atas juga diyakini belum lagi berlaku kerana kita tiada kedengaran lagi tentera dari syam yang dihantar ke Mekah dan ditelan bumi.


Revolusi Syria

tetapi jika apa yang sheikh Imran kata itu benar, maka revolusi syria mungkin akan berterusan sehingga imam Mahdi lah muncul  . Kenapa berterusan? ini kerana tentera dari syam yang dihantar untuk memerangi imam mahdi itu sudah semestinya bukan dari mujahidin syria (FSA) melainkan musuh Islam iaitu Sekutu bashar assad ( syiah Iran, China, Russia ) atau tentera NATO. 




say no to Peacekeeping forces in Syria


namun besar kemungkinan kuasa luar seperti Russia, China, dan NATO mustahil adalah tentera yang dihantar dari syam untuk menentang Imam Mahdi. Ini kerana secara logiknya mereka tiada sebab untuk menentang baiah imam Mahdi. mereka adala orang luar dan tradisi membaiah ini melibtkan orang orang arab. Justeru besar kemungkinan tentera yang diutus itu adalah dari syiah. Ini kerana syiah, walaupun dari keturunan parsi (bukan arab) mempercayai akan kedatangan imam Mahdi mesti dari imam mereka yang ke 12 ( imam syiah) dan upacara membai'ah imam Mahdi dari golongan sunni sudah tentu tidak dipersetujui dan ditentang sekeras-kerasnya oleh mereka.

jikalau tentera NATO, jika ditakdirkan mereka menjajah syria (nauzubillah) maka mustahil pula dihantar dari syam untuk memerangi imam Mahdi di Arab Saudi, kerana kita maklum pangkalan tentera NATO sudah ada di Arab Saudi. Maka tidak perlu tentera NATO datang dari Syria, boleh sahaja dihantar terus dari pangkalan tentera di Arab Saudi.



bendera Tentera Pembebesan Syria (FSA)


Jika benar tentera syiah yang dihantar dari Syam untuk memerangi imam Mahdi, maka diyakini bahawa peperangan revolusi syria akan tetap berlaku. Ini disokong lagi dari sumber yang dipercayai bahawa Bashar Al-Assad ( syiah nursairiyah ) meminta bantuan ketenteraan dari syiah Iran dan syiah dari Iraq serta syiah Lubnan (hizbullat) dalam menolong nya melawan mujahidin di Syria dan bantuan ini masih di salurkan sampai sekarang

hadis di atas juga menyokong teori Sheikh imran kerana Syria satu satunya tanah Syam yang berada disebelah timur dari tanah suci Kaabah selain Palestin, Jordan serta Lubnan.

maka dapat difahami juga bahawa revolusi Syria mungkin akan berterusan walaupun selepas kemangkatan Raja Abdullah yang bakal diumumkan nanti, sehinggalah kedatangan imam Mahdi insyaAllah... Wallau'alam..

Monday 31 December 2012

Keldai Akhir Zaman






Dalam hadis2 akhir zaman, Nabi telah memperingatkan umat baginda akan tanda2 berlakunya kiamat, Antaranya ialah :

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya "Tidak terjadi kiamat itu sehingga orang bersetubuh (berzina) seperti bersetubuh keldai di tengah jalan." (H.Riwayat Ibnu Hibban)

Nabi memberi bayangan kepada kita bahawa pada akhir zaman manusia akan berzina seolah olah mereka tidak ada agama, seperti haiwan keldai mereka tanpa segan silu melakukannya dan melanggar hukum2 syarak yang diwajibkan Allah ke atas sekian mukallaf.

kita dapat melihat sekarang, ramai yang telah berzina lalu merakam dan 'mengupload' aksi mereka itu di internet untuk tatapan umum dan berbangga dengan perbuatan mereka itu. Perkara inilah yang digambarkan oleh Nabi "seperti keldai bersetubuh di tengah jalan".

Istilah "di tengah jalan" itu bukan bermaksud di tepi2 jalan atau di laluan khalayak ramai,  namun jika diperhalusi bermaksud menjadi tatapan orang ramai kerana "tengah jalan" juga bermaksud laluan orang ramai dimana orang yang lalu lalang dapat melihat sesuatu perkara yang berlaku di perjalanan dan berlalu. Ini bertepatan dengan mereka (orang ramai) yang melayari internet dan melihat aksi2 bersetubuh seperti itu di internet.

kenapa keldai?

keldai atau Himar  adalah binatang yang sering menjadi gambaran kebodohan. Bagi orang Arab, binatang ini adalah binatang yang paling rendah di mata mereka. Untuk itulah al-Qur’an pun ketika menyebut keldai untuk perumpamaan sesuatu, itu bererti sesuatu tersebut adalah merupakan hal yang sangat rendah dan hina.

Seperti ketika al-Qur’an mengabadikan nasihat Luqman. Di akhir dari nasihat tersebut, Luqman menyampaikan kepada anaknya agar bersuara yang baik,

“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”. (Luqman 31:19)

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda maksudnya "Janganlah menyetubuhi isterimu dalam keadaan berdiri, karana itu adalah perbuatan keldai. Dan jika kamu dianugerahi anak maka ia akan sering kencing di kasur seperti keldai yang sering kencing merata tempat."

Begitu pula ayat yang akan kita renungi berikut ini :-

“(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.” (Al-Jumu’ah 62:5)

Ayat ini menyindir,memerli,menghina dan mencerca orang-orang Yahudi yang diberikan Allah Kitab Taurat tetapi tidak mengamalkannya. Mereka seperti keldai yang membawa kitab-kitab tebal di punggungnya tetapi tidak mengerti sama sekali isi kitab-kitab tersebut dan tidak mengambil manfaat sama sekali. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu.

Imam Ibnu Katsir menjelaskan, “Allah ta’ala berfirman menyebutkan keburukan Yahudi yang diberikan kepada mereka Taurat untuk diamalkan tetapi mereka tidak mengamalkannya. Perumpamaan mereka seperti himar (keldai) yang membawa kitab-kitab tebal….mereka lebih buruk keadaannya daripada himar. Kerana himar tidak mempunyai pemahaman sementara mereka boleh memahami tetapi tidak mengamalkannya.” (Tafsir Ibnu Katsir 8/117, MS)

Ayat ini disampaikan kepada umat Muhammad SAW agar menjadi pelajaran bahawa generasi umat ini tidak boleh seperti generasi keldai Yahudi. mereka ada pengetahuan tentang baik dan buruk bahkan mereka memahami perbuatan tetapi ilmu tersebut tidak bermanfaat bagi mereka. Mereka faham bahawa kebaikan harus dilakukan, tetapi tidak mereka lakukan. Mereka pun faham bahwa keburukan dan kejahatan harus dijauhi, tetapi tetap keburukan merupakan sebahagian yang tidak terpisahkan dari kehidupannya


maka mereka yang bersetubuh di khalayak ramai juga diumpamakan seperti keldai kerana keldai tidak melawan cakap tuannya. Walaupun tuannya membebaninya dengan ber macam2 barang di atas nya, keldai tidak melawan sekalipun dia tahu perkara itu dianggap menzaliminya. Hal ini samalah dengan manusia, dia tahu berzina itu haram tetap dia tetap tidak dapat meninggalkannya kerana sudah menjadi sifat semulajadi golongan2 ini pada akhir zaman. Walhal dia sudah dikira menzalimi dirinya sendiri bahkan lebih teruk lagi kerana dia juga menzalimi pasangan zinanya dan orang yang menanggung pasangan zina itu ( ibu bapa )


semoga Allah memelihara kita dari perbuatan buruk ini.

wallhu'alam..