Dalam hadis2 akhir zaman, Nabi telah memperingatkan umat
baginda akan tanda2 berlakunya kiamat, Antaranya ialah :
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya "Tidak terjadi kiamat
itu sehingga orang bersetubuh (berzina) seperti bersetubuh keldai di tengah
jalan." (H.Riwayat Ibnu Hibban)
Nabi memberi bayangan kepada kita bahawa pada akhir zaman
manusia akan berzina seolah olah mereka tidak ada agama, seperti haiwan keldai
mereka tanpa segan silu melakukannya dan melanggar hukum2 syarak yang
diwajibkan Allah ke atas sekian mukallaf.
kita dapat melihat sekarang, ramai yang telah berzina lalu
merakam dan 'mengupload' aksi mereka itu di internet untuk tatapan umum dan
berbangga dengan perbuatan mereka itu. Perkara inilah yang digambarkan oleh
Nabi "seperti keldai bersetubuh di tengah jalan".
Istilah "di tengah jalan" itu bukan bermaksud di
tepi2 jalan atau di laluan khalayak ramai,
namun jika diperhalusi bermaksud menjadi tatapan orang ramai kerana
"tengah jalan" juga bermaksud laluan orang ramai dimana orang yang
lalu lalang dapat melihat sesuatu perkara yang berlaku di perjalanan dan
berlalu. Ini bertepatan dengan mereka (orang ramai) yang melayari internet dan
melihat aksi2 bersetubuh seperti itu di internet.
kenapa keldai?
keldai atau Himar
adalah binatang yang sering menjadi gambaran kebodohan. Bagi orang Arab,
binatang ini adalah binatang yang paling rendah di mata mereka. Untuk itulah
al-Qur’an pun ketika menyebut keldai untuk perumpamaan sesuatu, itu bererti
sesuatu tersebut adalah merupakan hal yang sangat rendah dan hina.
Seperti ketika al-Qur’an mengabadikan nasihat Luqman. Di
akhir dari nasihat tersebut, Luqman menyampaikan kepada anaknya agar bersuara
yang baik,
“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga
rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara
ialah suara keldai”. (Luqman 31:19)
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda maksudnya "Janganlah
menyetubuhi isterimu dalam keadaan berdiri, karana itu adalah perbuatan keldai.
Dan jika kamu dianugerahi anak maka ia akan sering kencing di kasur seperti
keldai yang sering kencing merata tempat."
Begitu pula ayat yang akan kita renungi berikut ini :-
“(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam
Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka)
bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui
dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan
tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela
Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh
bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah),
Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.” (Al-Jumu’ah 62:5)
Ayat ini menyindir,memerli,menghina dan mencerca orang-orang
Yahudi yang diberikan Allah Kitab Taurat tetapi tidak mengamalkannya. Mereka
seperti keldai yang membawa kitab-kitab tebal di punggungnya tetapi tidak
mengerti sama sekali isi kitab-kitab tersebut dan tidak mengambil manfaat sama
sekali. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu.
Imam Ibnu Katsir menjelaskan, “Allah ta’ala berfirman
menyebutkan keburukan Yahudi yang diberikan kepada mereka Taurat untuk
diamalkan tetapi mereka tidak mengamalkannya. Perumpamaan mereka seperti himar
(keldai) yang membawa kitab-kitab tebal….mereka lebih buruk keadaannya daripada
himar. Kerana himar tidak mempunyai pemahaman sementara mereka boleh memahami
tetapi tidak mengamalkannya.” (Tafsir Ibnu Katsir 8/117, MS)
Ayat ini disampaikan kepada umat Muhammad SAW agar menjadi
pelajaran bahawa generasi umat ini tidak boleh seperti generasi keldai Yahudi.
mereka ada pengetahuan tentang baik dan buruk bahkan mereka memahami perbuatan
tetapi ilmu tersebut tidak bermanfaat bagi mereka. Mereka faham bahawa kebaikan
harus dilakukan, tetapi tidak mereka lakukan. Mereka pun faham bahwa keburukan
dan kejahatan harus dijauhi, tetapi tetap keburukan merupakan sebahagian yang
tidak terpisahkan dari kehidupannya
maka mereka yang bersetubuh di khalayak ramai juga
diumpamakan seperti keldai kerana keldai tidak melawan cakap tuannya. Walaupun
tuannya membebaninya dengan ber macam2 barang di atas nya, keldai tidak melawan
sekalipun dia tahu perkara itu dianggap menzaliminya. Hal ini samalah dengan
manusia, dia tahu berzina itu haram tetap dia tetap tidak dapat meninggalkannya
kerana sudah menjadi sifat semulajadi golongan2 ini pada akhir zaman. Walhal
dia sudah dikira menzalimi dirinya sendiri bahkan lebih teruk lagi kerana dia
juga menzalimi pasangan zinanya dan orang yang menanggung pasangan zina itu (
ibu bapa )
semoga Allah memelihara kita dari perbuatan buruk ini.
wallhu'alam..
No comments:
Post a Comment