Friday 11 January 2013

The hobbit, emas, Iran serta kebangkitan Negara Israel.



The hobbit, emas, Iran serta kebangkitan Negara Israel.


filem the hobbit 2012


The hobbit merupakan kisah lanjutan dari siri trilogy Lord Of The Ring (LOTR) yang mempunyai kisah yang tersirat. Ianya ditayangkan sekitar akhir tahun 2012. Bagi sesiapa yang telah menontonnya, dan menganalisnya  berpandukan ilmu akhirul zaman, mereka akan sedar iaitu kisah dongeng ini ada kaitan dengan rancangan Israel raya, iaitu rancangan besar untuk menjadikan negara Israel sebagai kuasa pemerintah dunia selepas kejatuhan Amerika.

Didalam permulaan cerita ini, diceritakan kononnya pada zaman dahulu wujud kaum Dwaft yang  suka mendiami di dalam gua dan gunung ganang, kaum ini mempunyai minat luar biasa terhadap emas dan permata. Mereka pakar dalam cari gali emas dan permata dan kebanyakan mereka bekerja sebagai penggali emas atau mining gold. Obses mereka terhadap emas begitu tinggi sehingga mengumpulkan bertimbun-timbun emas, terutamanya raja mereka. Kemudian tragedi berlaku dimana Negara mereka telah diserang oleh makhluk naga yang menyebabkan mereka terpaksa meninggalkan kampung halaman dan berhijrah di serata dunia. Pada masa yang sama mereka juga telah diserang oleh kaum ork dan menyebabkan hampir kesemua kaum dwaft mereka pupus.

kaum orcs


Ork disini adalah orang-orang gentile ( bukan yahudi ). Ini jelas dalam kitab Thalmud bahawa rabbi rabbi mengistiharkan manusia selain yahudi ialah binatang dan peranan mereka di dunia bertugas untuk orang-orang yahudi. Apa yang tersirat disini ialah mereka menggambarkan mereka ( yahudi ) diwakili oleh orang2 dwaft yang terpinggir dan mereka akan kembali pada suatu hari nanti untuk menuntut kerajaan suci Israel yang pernah diperintah oleh nabi Daud a.s. dan nabi Sulaiman a.s.Perhatikan hampir semua orang2 dwaft itu mengikat rambut mereka seperti "side curl" sebelah kanan kiri yang kerinting yang menyerupai kaum yahudi/jews

rabbi jews


Dalam kisah ini juga, setelah bertahun tahun lamanya, mereka telah mendapat alamat / petanda bahawa mereka perlu mengembalikan kegemilangan kerajaan emas mereka dan berusaha  mengumpul sukarelawan dan bertolak ke kampung asal mereka untuk menuntut kembali daripada naga itu.

Di akhir kisah tersebut, kita dapati naga yang sedang tidur didalam gua dwaft yang dipenuhi dengan timbunan emas itu telah terjaga. Perhatikan Naga itu seolah olah berhibenasi dan menunggu masa untuk bangkit. Anehnya naga itu tidur bertepatan di atas gunung2 emas milik kaum dwarf itu.Perhatikan juga mengapa cerita ini ditayangkan ketika sistem Britten woods hampir mencapai kemuncak kejatuhannya. Nilai dollar pada hari ini sudah hampir tidak dapat diselamatkan lagi. Pakar ekonomi meramalkan sistem kewangan kertas akan jatuh kemuncaknya pada tahun 2013

Sheikh imran berpendapat sistem dollar amerika akan jatuh dan akan kekal jatuh apabila perang dunia III tercetus (tidak lama lagi). Saya musykil dengan peranan yang dimainkan oleh Iran dalam urusan jual beli minyaknya. Seperti yang kita sedia maklum, Iran enggan menjual minyak kepada Amerika dengan tukaran dollar sebaliknya menuntut dibayar dengan emas. Amerika telah tidak bersetuju dan telah mengenakan sekatan ekonomi terhadap Tehran. Namun anehnya, India (pemerintah hindu bukan Islam) yang merupakan rakan sekutu Amerika syarikat telah bersetuju dengan Iran dan satu perjanjian telah dimeterai oleh Tehran dengan New delhi di mana Tehran bersetuju memperdagangkan minyaknya kepada New Delhi dan sebagai balasannya dibayar dengan emas. IMF (International Monetary Fund) ditubuhkan pada 1944. Sejurus itu Negara Israel pula ditubuhkan pada 1948 melalui Deklarasi Balfour.  Mengikut artikel 4, seksyen 2(b) bahawa mana-mana ahli anggota IMF tidak dibenarkan memperdagangkan emas dengan nilai matawang negara masing-masing  kecuali dengan menggunakan matawang dollar Amerika. Persoalannya disini, India, selain Iran (rujuk : http://www.imf.org/external/np/sec/memdir/memdate.htm) juga merupakan anggota IMF, Jadi mengapakah Amerika Syarikat berdiam diri dalam hal ini? Apakah ini semua hanyalah strategi jahat mereka untuk mengabui mata Dunia dan membolehkan rancangan peringkat seterusnya dijalankan?



Seperti yang kita tahu, Iran adalah rakan baik Amerika Syarikat dan sekutu Israel.( Perkara ini tidak dapat dinafikan lagi bagi mereka yang celik mata hatinya.) Propaganda yang dilaporkan oleh  media massa seperti al-jazeera,BCC bahawa Iran memusuhi keras Amerika dan Israel hanyalah sandiwara semata-mata. Saya mengesyaki Iran telah berpakat dengan Israel dan Amerika dalam hal ini. Ini supaya bila mana perang tercetus yang menyebabkan kejatuhan atau keruntuhan kekal nilai dollar amerika, Tehran akan diselamatkan manakala negara lain akan turut jatuh bersama sama Negara Uncle Sam itu

alat propaganda zionis



Di dalam buku dinar emas dan dirham perak, sheikh Imran Hosein telah menceritakan pengalamannya ketika mengambil bahagian di dalam dialog Yahudi / kristian / Muslim di universiti Drew, New Jersey, Amerika sekitar tahun 90an. 




Ketika itu beliau telah tersilap memberi pendapat bahawa pihak yahudi dibolehkan memberi pinjaman dengan faedah kepada bukan yahudi tetapi dilarang sesama mereka. Jadi beliau memberi cadangan bahawa pemberi pinjaman yahudi telah memberikan pinjaman dengan faedah didalam kuil yang mana kemudiannya Jesus ( Nabi Isa a.s. ) menyumpah dan menghalau mereka keluar dari kuil tersebut. Rabbi-rabbi yang hadir pada ketika itu telah membetulkan beliau dengan mengatakan bahawa sesama yahudi juga dilarang mengamalkan riba. Malah syiling ( contoh syiling rome) yang mempunyai imej ukiran padanya diharamkan oleh undang-undang shariah yahudi. Jadi jika Al masih dajjal ingin menyamar sebagai al masih (penyelamat) yang ditunggu oleh yahudi, dia tiada pilihan lain selain perlu mengembalikan sistem matawang emas dan perak mengikut shariah. Al masih akan memerintah dunia dari tanah suci Jurusalem berdasarkan Pax Judaica dan mengembalikan zaman kegemilangan Yahudi setelah kejatuhan Pax Americana.

Mayer Amschel- jews pengasas bank dunia


Dalam protokol zionis, terdapat 24 protokol yang digubal oleh bangsa euro-jews ( bukan yahudi sebenar ). Didalam protokol ke 21, ialah “Menjadikan Emas Sumber Kekuasaan” berikut adalah beberapa point penting dalam protokol ini seperti yang diterjemahkan dalam buku “protokol : Komplot zionis ancam dunia” oleh Kamarulzaman hj. Zainal (terbitan 1990)


protokol zion


“ Wang yang telah kita kumpulkan dan yang telah kita beri pinjaman sebenarnya boleh menawan negara2 yang berhutang dengan kita. Banyak Negara yang hampir Berjaya kita rampas pentadbirannya. 

Bagaimanapun buat peringkat ini kita tidaklah mahu melukakan pihak pemerintah sesebuah Negara itu tetapi biarlah sekadar kita ingatkan mereka tentang akibatnya kalau enggan membayar balik pinjaman. Kita mesti tunjukkan sikap pura2 kita supaya rahsia kita tidak diketahui oleh bangsa bukan yahudi.

Dalam tangan kita juga telah terdapat suatu kuasa yang besar sekali-emas. Dalam dua hari kita boleh mengambil dari stor kita seberapa banyak yang kita suka

Dari sini perlukah kita mencari bukti lain bahawa pemerintahan kita itu ditakdirkan oleh tuhan? Sudah tentu jawapannya tidak kerana apa yang kita lihat sekarang sudah cukup buktinya.

Kekuasaan kita adalah sumber ketenteraman dan manusia akan menikmati kebahagiaan daripadanya.Sinar kekuasaan kita itu akan menjadi semua orang bersujud dan merasa takut kepadanya” -protokol21 zion

Saya berpendapat perang dunia akan tercetus sama ada dengan kejatuhan dollar Amerika dengan sendirinya (sedikit masa nanti) atau dengan tercetuasnya perang yang mengakibatkan kejatuhan nilai dollar pada tahap yang tidak dapat diselamatkan lagi. Jika dollar Amerika jatuh, ia akan menarik semua negara2 lain yang menggunakan sistem kewangan wang kertas dan elektronik. ini kerana mereka bergantung kepada dolar dalam ukuran nilai kekuatan mata wang masing-masing. China yang mengumpulkan timbunan wang dollar menerusi dagangan mereka dengan Amerika Syarikat, begitu juga negara2 arab dan negara pengeluar minyak lainnya yang perlu menjual minyak mereka hanya dengan dollar, dan dunia yang kebanyakkannya perlu menyimpan sebahagian dari simpanan matawang asing mereka menggunakan dollar, tidak akan senang hati apabila mereka menyaksikan kekayaan dollar mereka lenyap didepan mata mereka. Kejatuhan sistem kewangan wang kertas akan mengakibatkan “great depression” yang menyebabkan tercetusnya perang malhamah atau apa yang orang yahudi dan kristian fahami sebagai “Armageddon”. Wallahu’alam...

No comments:

Post a Comment